Selasa, 18 Ogos 2009

PENDEKAR CAHAYA : ILMU AMALAN DAN KEPERIBADIAN


  1. Pendekar Cahaya tidak menghalang sesiapa sahaja yang berniat untuk menjadi seorang Pendekar Cahaya bangsa. Malahan dia menggalakan semua yang berupaya untuk mengorak langka ke arah memertabatkan bangsa. Malangnya, ramai yang berpeluk tubuh dan sebuk mencemuh dan ada pula yang membisu. Contohnya, baru-baru ini di medan beradu-tenaga, di antara pendekar-pendekar yang berbilang bangsa disuatu daerah, rata-rata yang turut serta dari rumpun Pendekar Cahaya telah kecundang berlumuran darah. Kekalahan ini membangkitkan kemarahan kepada mereka, dan menyalahkan pula Pendekar Cahaya. Kononnya, ini semua adalah angkaranya yang telah gagal menyusunatur strategi untuk kemenangan mereka. Ada pula yang berani berkata bahawa, kekalahan itu menggembirakan Pendekar Cahaya. Kononnya, Pendekar Cahaya sedang merancang, untuk mengetengahkan anak muridnya dari pertapahan dari pergunungan untuk mengambil tempatnya di lapangan pertempuran. Kalaupun tanggapan itu mempunyai kebenaran, salahkan seorang yang berkeupayaan menceburi diri di bidang yang diminati, atas sebab gurunya adalah darah daging sendiri? Bukankah di zaman globalisasi ini, perkara ini telah menjadi budaya setiap negara dan negeri?. Bill dan Hillary suami isteri telah bersilihganti. Bush dan Bush sejiwa-sehati. Najib dan Razak anaknda dan ayahnada. Karpal Singh dan Gobind Singh sedaging-sedarah...........dan seterusnya......dan seterusnya.........Kenapa salahkah keturunan Pendekar Cahaya menyusuri jejak langkahnya?
  2. Astaaaaagah!. Bukankah mereka yang mewakili rumpun bangsa itu menganggap diri jaguh-jaguh belaka? Dan semuanya berpegang kepada suatu keyakinan, "Kalau Pendekar Cahaya boleh buat, kenapa tidak kita?". Itu sebabnya semua kecundang tidak tentu arah kerana tidak pernah bertanya caranya kepada Pendekar Cahaya!.
  3. Ingatkah! suatu ketika dulu Pendekar Cahaya juga pernah turut serta beradu-tenaga sebagai musafir berkelana, di suatu daerah yang asing baginya, di bawah panji-panji yang sama?. Ingatkah! apa kesudahannya? Pendekar Cahaya menjadi juara walhal daerah tersebut bukan tempat asalnya? Masih meragui lagikah "kelebihan"nya di dalam soal beradu-tenaga?
  4. Pada bakal-bakal Pendekar Cahaya rumpun bangsa, bertandanglah ke gelanggang persilatan Pendekar Cahaya untuk bertanya apakah ilmu yang dipegangnya?. InsaAllah! dia akan memuntahkannya semua demi untuk perjuangan memertabatkan bangsa.
  5. Pada Pendekar Cahaya, yang dapat menjamin kemenangan, ialah Ilmu dan pengalaman yang disalur erat dengan keperibadian, yang bebas dari keangkuhan dan sifat perkauman. Ini adalah kerana, yang menentukan kekalahan atau kemenangan adalah teman-teman dari rumpun yang berlainan.
ULASAN SAYA:











  1. Rencana di atas menjelaskan pendirian Pendikar Cahaya terhadap agenda mencari pemimpin pelapis yang baginya pemimpin pelapis biarlah diwarisi. Orang lain kalau mahu maka terpaksalah berhadapan dengannya.
  2. Pendikar Cahaya mungkin sudah lupa, biralah saya ingatkan kembali kerana maklumlah kalau dah tua-tua ini banyak perkara yang kita mudah lupa iaitu Pendikar Cahaya tak mungkin berjaya sepertimana sekarang kalau orang lain tak bagi dia peluang. Kalau saya tidak silap sebelum beliau, orang yang aktif berpolitik adalah si langah Pinjaman Hassin. Ingat lagi Pakemas!! masa itu Pendikar Cahaya masih di luar negara. Apabila dia balik ke Kota Belud maka dengan rela hati langah Pinjaman memberikan laluan kepada Pendikar Cahaya.
  3. Kami bersama-sama kawan-kawan, nimbotot su oloh, nibpaigoh sarogoh demi ebpanik den akih sekayan. Namun imantu apabila sekayan nyakaporoh maka madakel ah kialipatan yan.
  4. Kenapa dulu kami semua boleh bagi dia peluang namun sekarang siapa saja yang dilihatnya ada kepimpinan dicantasnya. Buktinya dadih tanu si Tadjul, manaya eh kiabolosan ron. Angkara siapa?
  5. Sekarang ini kalau orang lain nak jadi pelapis sendiri-sendiri tapi dulu dia lupa bagaimana orang seperti kami menolongnya.
  6. Kenapa saya tulis blog sedangkan saya sudah tua untuk semua ini, kerana membetulkan apa yang tidak betul. Mulanya saya hanya memerhatikan sahaja tapi akhir-akhir betul-betul tidak betul, saya tidak boleh duduk diam lagi.
  7. Dulu dia tidak pandai bersilat kami sanggup ajar dia, tetapi sekarang bila dia pandai bersilat tidak mahu mengajar pula.
  8. Pendikar cahaya bukan gagal menyusun atur tetapi langsung tidak mengatur dan langsung tidak memberi peluang.

11 ulasan:

  1. salam Bungkal Gamut..

    Antuna kah aya ?..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Saken tau ah nyauna kuman sa timus...

    BalasPadam
  3. Salam Pendikar Kebenaran,

    Kita tidak boleh lagi tertipu oleh sikap pemimpin kita yang terdahulu, suka mengaitkan kepimpinan Iranun harus mempertahankan bangsa Iranun dan bangsa mesti bersatu dalam menonjolkan pemimpin. Tapi saya cukup teruja apabila orang yang melaung-laungkan slogan itu, kini jadi membunuh saudara Rajul balik.

    BalasPadam
  4. Salam,

    Nyawa Bin Badan, kalau bukan kerana nasib Iranun ketika ini, mana mungkin saya berblog...saya sudah tua untuk semua ini, tapi apa boleh buat, kalau saya duduk diam, tidak boleh juga

    BalasPadam
  5. Hasil tulisan dan penyataan orang yang sudah cukup kecewa pada dirinya sendiri dan meminta simpati.

    BalasPadam
  6. Salam,

    Somprot Mesra Alam...sdra tidak memahami liku-liku perjuangan kami dahulu.

    Saya kecewa bukan untuk diri saya tetapi untuk suku kaum Iranun, memang benar saya cukup kecewa tetapi bukan atas faktor peribadi, itu yang jelas

    BalasPadam
  7. Salam Pendikar Kebenaran,

    Saya amat sedih apabila pesara seperti PK ini terpaksa berkecimpung dalam politik kembali hanya semata-mata membaiki keadaan yang sengaja dikucar-kacirkan oleh pendikar cahaya. Saya faham hati nurani PK, tuan lah pendukung politik Iranun, tapi nasib tidak menyebelahi saudara. Justeru itu asalah bakat-bakat baru seperti Tajul Radim, Roslan Haji Manshor, Ustaz Idris Kisab dan lain-lain yang kini mereka ini berkecimpung dalam politik UMNO kota belud. Moga-moga mereka ini tidak seperti pendekar cahaya.

    BalasPadam
  8. Salam,
    Sebenarnya Pendikar Cahaya dahulu sebenar diberi laluan oleh orang-orang orang pencen seperti kami.

    Orang tua seperti saya ini apalah sangat yang boleh dilakukan, ANAK-ANAK MUDA SEPERTI SAUDARA LAH HARUS BANGUN DAN BERITAHU PENDIKAR CAHAYA KEMAHUAN SAUDARA-SAUDARA, DAHULU MASA TADZUL BERTANDING, MEREKA MERAHSIAHKAN PADA SAYA AKAN PERBUATAN PENDIKAR CAHAYA SEHINGGA DISAAT-SAAT AKHIR BARULAH SAYA MENGETAHUI.

    BalasPadam
  9. Salam, sekanu a manga'datu agu manga Pandikar,

    Inun bes giaya a Iranun aya bangsa a igkaguad a bangsa a salakau ka dapai su pagarih yan ig'kaguad yan.

    Ilaian yu man su kabara akal yu, gini a sarita yu aya a pegkabatia a langun a bangsa a pembantai sa langun eng'gu'la'ula'an a pamimpin a Iranun, i sabaut iran na mang'a lalung tanu a mang'a Iranun.

    Kagia mang'a warau agu mang'a rarang'it ba a mang'a Iranun aya a, inu da a mang'a akal tanu. Mata'tampar rikitanu su ka'pamunu tanu.

    Dapai su ta'i a manuk pedtidau'un tanu.

    Ilai'en yu man a ka'lala'lungan tanu. Yang sa benar yan kena aki si Pandikar i sateruu tanu. Sekaian anan rampii tanu. Ya tanu sa'teruu su tauu a lain.

    Na, edtaruu an yu ku raken, antuna i pandapat yu sa kaputusan a pilihan raya sa Tampasuk giya a babagu utu. Kena langun a kaban a undi a Iranun tumiaban ruun su pembangkang - calon yu a manga Iranun. Maana yan, na mitimu agu mia'isa den su Iranun, tapi kainu su Calon a Iranun tiaban? Sabab yan na madakel aki su bangsa a lain.

    Gianan man aki i pikiren tanu!.

    Y la. Tagu en tanu lah, ma isa-isa tanu, i puru tanu su sa katau a wata a Iranun a bagu sa parti a UMNO. Tapi paka idsa aku. Majamin tanu bahawa si aki utu mapilii a calon a UMNO?

    Dapai man su katurunan i Tun Mustapha agu si DSSK a bagas a Ketua Manteri biunuh a politik yan a sateruu u bangsa yu.

    Si Pandikar pen i makagaus!

    O'gaid ayau tanu den pakalendu'en su sarita. Amai ka manga'warau kanu (ka manga'a ngaran yu aya na tanan den a mang'a pandikar) edtutuna tanu aki. Bitiara'an tanu su kapiyaan.

    Talau aku man aya atau, tapi kun mipipantag ku kapiya'an a bangsa, dapai atuna i manusia a peg'kan sataau karawan ku edtuna.

    O'gaid mautu den o manga'datu ku. ebpagapa'an eken su sembang yu.

    Na, pananalamat en tanu su kapia'an a bangsa.

    Salam,

    Su pagarih yu a malaa i tindeg sa bangsa.

    Pa'Min

    BalasPadam
  10. Salam semua,
    Kadangkala kita perlu melihat sesuatu perkara/isu itu dari sudut yang lebih luas. Jangan terlalu ikutkan perasaan sehingga "hanya kerana marahkan nyamuk, kelambu di bakar". Takkanlah hanya dengan kekalahan tajul dalam pemilihan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang lepas maka saudara menghimpun semua kekalahan kepada TSP. Kalau memang serius untuk berjuang, pemilihan akan datang kan masih ada. Tandinglah lagi.. Lagi satu, apakah yang menyebabkan semua orang menganggap bahawa TSP lah yang menyebabkan Tajul kalah?.. sebab, bagi saya kalau dia benar-benar popolar, tidak kira siapa menghalangnya, beliau tetap akan menang. Jangankan TSP, semua wakil rakyat KB menghalang nya pun saya yakin dia tidak akan kalah. Jadi, sebelum menyalahkan orang lain baiklah kita merenung kelemahan diri sendiri dahulu dan perbaiki. Ini lebih baik dari mencari "kambing hitam" untuk dipersalahkan.

    Saya berani jamin, kalau kita bertanding atas semangat kesukuan semata-mata, maka sampai bila pun kita tetap akan kalah kerana orang bajau dan dusun juga boleh mengambil sikap yang sama. Maknanya, oleh kerana bilangan kita Irranun ini lebih sedikit, kita tetap tidak akan menang walaupun TSP di hadapan kita. Bayangkan, apa akan jadi kalau orang menggunakan isu bahawa orang irranun ini akan sokong orang dia saja dan oleh itu kita juga, walau buruk mana calon kita, kita kena sokong. Adakah harapan kita untuk menang pada pendapat saudara?. Inilah yang TSP ingin perjelaskan sebenarnya. Tetapi semua orang telah buta mata hatinya. Kenapa?...

    Ada yang mengaku bahawa telah berpengalaman berpolitik dan telah bersara, tetapi isu seumpama inipun tidak dapat difahami sedalamnya. Berfikiran amat dangkal. Sepatutnya, mereka yang kata telah berpengalaman inilah yang menasihatkan bahawa ini cara yang betul supaya kita boleh mendapat tempat untuk membela bangsa kita.

    Tolong fikir-fikirkan...

    BalasPadam
  11. dih akih den perkauman ka dadih tanu c tadzul nyakakuah sa sokongan saki Awadnir agu saki Hj Musbah maka giutu pakaidsa aku den kainu si TSP dih yan den ghasokong...akan tatapi ambuh pengaruh aa TSP dih ambuh den madakel kareana kakalaan aa dadih Tadzul sapuluh agu nem ban...na pedtaruen ko den rekanu sasapuluh agu nem walaupun c TSP daah sokong...sapuluh agu nem aya undi aa managatau sa rampayan...

    BalasPadam