Isnin, 31 Ogos 2009

Berpura-pura.

Berehat-rehat di balkoni bersama Kaki.
Rumah saya sudah siap.
Cuma belum bercat.
Tiada hiasan lagi dalam rumah ini.
Sekarang, saya senang begini.
Hidup saya lebih tenang.
Saya sudah boleh tersenyum seperti dulu.
Gelak saya bunyi nya sudah menyamai gelak yang dulu.
Memang ini yang patut saya lakukan dari dulu.
Namun begitu,
sesekali memori itu menjengah juga di fikiran saya.
Bukan memori indah, tapi hanya memori hodoh sahaja.
Mungkin memori indah takut untuk melawat saya.
Takut dijerkah agaknya.
"Lely, kau rasa adakah kau akan menyesal satu hari nanti?".
Eh si Kaki ni.Tiba-tiba tanya begitu pula.
"Apa yang aku nak kesalkan? hahaha.Aku tak suka menyesal tau,".
Betul.Saya tidak suka menyesal.
"Aaaa.Kau tak menyesal ke menjauhkan diri daripada 'manusia' tu?
Mana lah tau kot kot 'manusia' itu mahu kembali".
Nak tergelak pun ada. Kaki ni buat-buat tak paham pulak.
"Aku pilih jalan ini.
Dan 'manusia' itu suruh aku pilih jalan ini juga.
Untuk apa menyesal?".
Kenapa perlu menyesal?
Terlalu bagus ke 'manusia' itu untuk saya tunggu?
"Erm.Kalau dia mahu kembali?".
Kaki ni tak paham-paham lagi.
"Berdiam diri lebih baik.Diam adalah pintar,".
KRU pun cakap diam itu pintar.
Kaki tidak bertanya lagi.
Saya harap Kaki paham.
Saya tidak boleh menjadi terlalu baik kepada 'manusia' itu.
Kelak, dia bakal menyakiti hati saya lagi.
Saya tahu.
Dia manusia baik.
Cuma saya bukan seorang yang sesuai untuk melengkap kan hidup dia.
Dan dia juga bukan pelengkap hidup saya.
Saya terima itu.
Saya tahu dia terima juga kenyataan itu.
'Manusia' itu cuma berpura-pura tidak paham.
Tidak paham dengan tindakan mendiam kan diri saya.
Tidak paham itu hanya sementara.
Berpura-pura menjadi terpinga-pinga.
Berpura-pura tidak tahu.
Berpura-pura, seolah-olah tidak pernah menyakiti.
Saya terlalu kenal dia.
Saya terlalu kenal dia.

1 ulasan:

  1. Bungkal Gamut,

    Salam,

    Jangan pura-pura,
    Kalau kita pura-pura, orang pura-pura juga.
    Orang pura-pura jadi macam kura-kura,
    Di dalam perlumbaan kura-kura selalu ketinggalan.

    Orang pura-pura adalah lain di luar lain di dalam.
    Ingat, Tuhan tidak merestui niat orang berpura-pura.
    Itu munafik namanya.

    Lebih baik berpegang dengan sifat ikhlas dan berterus terang. Hidup selalu tenang.

    Kalau kamu selalu berpura-pura,
    Hidupmu dan keluarga kamu jadi purak peranda,
    Suatu hari orang dapat tahu,
    Dan kamu disingkir dan di 'jauhi' seperti hantu.

    Orang akan kata, jauhi dia,
    dia berpula-pura,
    orang berpura-pura, tidak boleh dipercaya.

    Cuma pandangan.

    SMA

    BalasPadam