Selasa, 1 September 2009

PA'MIN: MENCARI SINAR....LAMPU MINYAK TANAH


BatuGadung,

Saya ucap terima kasih atas kesudian anaknda mendidikasikan kepada saya sebuah sajak yang cukup bermakna, tetapi tidak setimpal dengan jasa atau pengorbanan saya kepada bangsa.
Saya tak pandai bersajak anaknda, tetapi biar saya cuba:

“MENCARI SINAR”

“Di keheningan subuh,
dipondok usang, di desa sepi,
tiba bayi diriba ibubapa papa,
didodoi dengan ‘ida-ida’ ,
sejarah bangsa,
pesakanya .

Berbekal ‘ida-ida’ sejarah
Berteman doa restu bangsa,
Meraba-raba entah kemana,
Kesaorangan, ketakutan, kelaparan,

Berkat doa,
Cahaya samar menyinar,
Menyinsing sedikit harapan,
Maju setapak, demi setapak kehadapan.
Perjalanan masih jauh,


Beratus purnama lamanya,
Berat kaki melangka,
Ah!....biarlah,
Betis bertenaga,
Menyusuri jalan mencari sinar,
Menerangi alam bangsa.

Wahai!, betis muda,
Melangkah lah kehadapan,
Jangan berebutan.
Sinar masih samar-samar kenampakan.

Nukilan,
Pa’Min
Dalam Pesawat AirAsia menuju ke Lapangan Udara, Sukarno-Hatta, Kota Jogjakarta
Tanggal 1.9.2009
Jam 11 malam.

2 ulasan:

  1. Sdr, Bungkal Gamut.

    Salam Siber,

    Walauapa pun pandangan sdr terhadap saya, namun saya ucap terima kasih kerana memaparkan sajak saya di blog sdr.

    Sesungguhnya, apabila kita memandang sesuatu dengan menggunakan dua mata, beratus-ratus juga (kalau bukan beribu) yang memandang kita.

    Tahniah sebab sudah tambah pengalaman baru, berblog, cuma pasal ehwal saya.

    Terima Kasih sekali lagi.

    Sempena dengan bulan berkat ini, saya mohon maaf pada saudara sekiranya saya pernah menyakiti hati sdr atau keluarga sdr, sama ada disedari atau tidak.

    Kalau sdr atau keluarga sdr pernah undi saya di dalam manamana pilihanraya, saya mohon doa pada Allah yang Maha Esa, supaya sdr diberikan pahala. Dan saya mohon itu sdr halalkan pada saya.

    Selamat menunaikan ibadah puasa!

    Salam,

    Pa'Min

    BalasPadam
  2. Bungkal Gamut,

    Salam,

    Siapapun hamba Allah yang ada fikiran akan cari cahaya masing-masing. Tetapi buka semua akan menemui 'cahaya' yang di carinya.

    Kalau lah saya Pa'Min, saya tetap bershukur kalau menemui 'lampu minyak tanah' sebab itu mengeluarkan cahaya juga.

    Biasanya orang yang mempunyai niat jahat dan memadamkan 'cahaya' orang lain, hidupnya ada 'gelap gelita' selama-lama.

    Carilah 'cahaya' sendiri dengan tidak 'menggeranahi' cahaya orang lain.

    Sekadar pandangan,

    Terima kasih

    SMA

    BalasPadam