Jumaat, 18 September 2009

SAMY VELLU DI KOTA BELUD.



Konflik pemimpin dengan rakyat memang selalu diperkatakan. Ada yang mengatakan bahawa pemimpin perlu berubah, pemimpin perlu belajar, pemimpin perlu berhenti dan bermacam-macam lagi desakan dan kritikan dilemparkan. Dulu seorang pemimpin dilihat sebagai orang yang mengatur masyarakat dengan idea-idea baru dan segar. Pemimpin dijadikan sebagai rujukan dan harapan bagi masyarakat. Keadaan itu sudah jauh berubah..sekarang masyarakat dikatakan mendahului pemimpin dari segi idea dan kematangan. sebab itu ada pemimpin yang tidak bertahan lama..sekejap timbul...sekejap tenggelam. Ada pemimpin yang sudah lama mendendangkan lagu-lagu klasik yang sesuai di alunkan dalam majlis adat-istiadat sahaja. Ada pula yang masih cuba-cuba melagukan irama moden kontemporari,mengikut rentak muzik masa kini, biarpun dia tahu, lagunya sumbang..kerana apa..?kerana ingin mengekalkan kuasa politiknya. Ada pemimpin juga yang masih merasakan dia diperlukan oleh bangsanya..kerana jasanya yang terlalu besar hingga tidak terpikul oleh generasi bangsanya sendiri. Begitulah resamnya, dunia seorang pemimpin.


Di Kota Belud, keadaan ini juga berlaku... biarpun sudah mendapat pelbagai jolokan dan sindiran ada juga pemimpin yang masih berjuang demi politik tertentu. Tun Mahathir, menanggap Samy Vellu terlalu lama dalam MIC, hingga menimbulkan pelbagai bentuk kelompok dan kumpulan. MIC berpecah belah kerana SV terlalu berkuasa. Golongan muda yang selalu digosip sebagai golongan" marhain" selalu dipinggirkan idea dan kempimpinan mereka. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO KB. Pemimpin-pemimpin muda dilabelkan sebagai "kayu mati"..namun agak menghairankan kita kerana 'kayu mati' ini lah yang bila dijadikan kayu api, akan memberikan kesan kepanasan yang berlipat ganda. Bila sesetengah pemimpin muda ini dikatakan sebagai "kayu mati" mereka mengatakan bahawa pemimpin lama pula sebagai 'kayu arang" yang mula malap idea dan kekuatan minda mereka.


Ingatan Datuk Seri Najib bahawa, seseorang pemimpin itu perlu popular kepada rakyat dan masyarakat dan bukan hanya popular dalam parti sahaja perlu diambil perhatian kerana kemenangan dalam jawatan Umno Bahagian , tidak memberi jaminan bahawa ia disukai oleh rakyat dan masyarakat.


Di Kota Belud situasi yang berlaku ialah Bila pemimpin muda mahu menunjukkan daya kepimpinan mereka...banyak pula yang ditimbulkan...semuanya berbentuk tanggapan negatif dan berbaur kebimbangan. Penonjolan mereka di hadkan..bila sudah menampakkan peluang ke hadapan..bermacam-macam rancangan untuk menjatuhkannya dibuat..politik wang..jangan cerita..menjadi perkara biasa.Sentiasa meragui dan jarang mengakui...Samy Vellu sebenarnya bukan lagi dalam MIC tetapi sudah lama dalam UMNO KB.
Saya petik daripada Laman Sesawang: http://kelapamawar.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. DALAM MANA-MANA UMNO PUN BEGITU. BUKAN DI KB SAHAJA. ADA JUGA PEMIMPIN MUDA YANG NAIK TAPI PASAL BAPA ATAU PAKCIK2NYA SUDAH ADA DI ATAS. JADI SANANGLAH DIA TEMBUS. KALAU DIPERINGKAT CAWANGAN PEMIMPIN UMNO LAMA SUDAH DARI AWAL MENOLAK PEMIMPIN MUDA, LEBIH-LEBIH LAGI YANG BERPELAJARAN. JADI BUAT APA MASUK UMNO? ORANG GILA JAK MASUK SANA. ITU PASALLAH UMNO SEMAKIN LAMA SEMAKIN DIBENCI. TAKBIR!!

    BalasPadam