Jumaat, 18 September 2009

SAMY VELLU DI KOTA BELUD.



Konflik pemimpin dengan rakyat memang selalu diperkatakan. Ada yang mengatakan bahawa pemimpin perlu berubah, pemimpin perlu belajar, pemimpin perlu berhenti dan bermacam-macam lagi desakan dan kritikan dilemparkan. Dulu seorang pemimpin dilihat sebagai orang yang mengatur masyarakat dengan idea-idea baru dan segar. Pemimpin dijadikan sebagai rujukan dan harapan bagi masyarakat. Keadaan itu sudah jauh berubah..sekarang masyarakat dikatakan mendahului pemimpin dari segi idea dan kematangan. sebab itu ada pemimpin yang tidak bertahan lama..sekejap timbul...sekejap tenggelam. Ada pemimpin yang sudah lama mendendangkan lagu-lagu klasik yang sesuai di alunkan dalam majlis adat-istiadat sahaja. Ada pula yang masih cuba-cuba melagukan irama moden kontemporari,mengikut rentak muzik masa kini, biarpun dia tahu, lagunya sumbang..kerana apa..?kerana ingin mengekalkan kuasa politiknya. Ada pemimpin juga yang masih merasakan dia diperlukan oleh bangsanya..kerana jasanya yang terlalu besar hingga tidak terpikul oleh generasi bangsanya sendiri. Begitulah resamnya, dunia seorang pemimpin.


Di Kota Belud, keadaan ini juga berlaku... biarpun sudah mendapat pelbagai jolokan dan sindiran ada juga pemimpin yang masih berjuang demi politik tertentu. Tun Mahathir, menanggap Samy Vellu terlalu lama dalam MIC, hingga menimbulkan pelbagai bentuk kelompok dan kumpulan. MIC berpecah belah kerana SV terlalu berkuasa. Golongan muda yang selalu digosip sebagai golongan" marhain" selalu dipinggirkan idea dan kempimpinan mereka. Inilah keadaan yang berlaku dalam UMNO KB. Pemimpin-pemimpin muda dilabelkan sebagai "kayu mati"..namun agak menghairankan kita kerana 'kayu mati' ini lah yang bila dijadikan kayu api, akan memberikan kesan kepanasan yang berlipat ganda. Bila sesetengah pemimpin muda ini dikatakan sebagai "kayu mati" mereka mengatakan bahawa pemimpin lama pula sebagai 'kayu arang" yang mula malap idea dan kekuatan minda mereka.


Ingatan Datuk Seri Najib bahawa, seseorang pemimpin itu perlu popular kepada rakyat dan masyarakat dan bukan hanya popular dalam parti sahaja perlu diambil perhatian kerana kemenangan dalam jawatan Umno Bahagian , tidak memberi jaminan bahawa ia disukai oleh rakyat dan masyarakat.


Di Kota Belud situasi yang berlaku ialah Bila pemimpin muda mahu menunjukkan daya kepimpinan mereka...banyak pula yang ditimbulkan...semuanya berbentuk tanggapan negatif dan berbaur kebimbangan. Penonjolan mereka di hadkan..bila sudah menampakkan peluang ke hadapan..bermacam-macam rancangan untuk menjatuhkannya dibuat..politik wang..jangan cerita..menjadi perkara biasa.Sentiasa meragui dan jarang mengakui...Samy Vellu sebenarnya bukan lagi dalam MIC tetapi sudah lama dalam UMNO KB.
Saya petik daripada Laman Sesawang: http://kelapamawar.blogspot.com/

Khamis, 17 September 2009

PENDIKAR CAHAYA LAMPU MINYAK TANAH: POLITIK ITU KEJAM...ITULAH AMALAN SAYA

1. Memang dalam permainan politik saya, seringkali saya lakukan amalan yang tidak jujur sehingga menjadikan nama politik itu hodoh dan kejam. Politik wang misalnya telahpun memperlihatkan kesan kecatatan dan kemusnahan, bukan sahaja kepada organisasi malah kepada sistem yang sepatutnya dijadikan panduan bagi keharmonian masyarakat .

2. Terdapat juga pihak-pihak tertentu selain saya yang menggunakan kuasa politik untuk mencantas teman seperjuangan di dalam organisasi parti politik yang sama. Sering kamu lihat dan dengar saya menafikan haknya dan peluangnya secara "deliverate' untuk bertanding semata-mata kerana dia dianggap sebagai pesaing atau ancaman kepada kedudukan saya kelak.

3. Saya sanggup menggunakan ‘networking’nya atau rangkaiannya di dalam organisasi parti yang sama dengan mempengaruhi mereka agar tidak memilih atau menyokong calon-calon yang bertanding merebut kedudukan di dalam parti mereka, kendatipun mereka yang cuba dicantas itu adalah teman seperjuangan yang mempunyai keupayaan dan kualiti yang lebih baik daripada diri saya sendiri. Perkara yang menjadi keutamaan baginya ialah dapat merealisasikan halatuju dan impian peribadinya tanpa menghadapi saingan dan ancaman pihak lain sekalipun dari mereka yang bernama "sahabat".

4. Atas sebab-sebab itu, saya mengatakan bahawa politik itu kejam dan tega kerana saya mempunyai pegangan dan pemikiran yang terlalu condong dan cenderung pada agenda politik peribadi semata-mata. Halatuju sedemikian hanyalah pada perspektif “menang-kalah”. (win-lose)

5. Saya berpeluang bertanya pada ramai pengamal politik dalam negara, mengenai norma politik yang mereka kagumi; “Adakah halatuju politik itu semestinya bersandarkan kepada konsep “menang-kalah” dalam kontek yang sebenar-benarnya"?

6.Saya bertanya lagi, “Mungkinkah pemimpin-pemimpin nasional yang berkalibar memiliki paradigma yang berpegang kepada konsep ‘menang-menang’ (win-win), sehingga tiada pihak yang merasa ‘kalah’ dan terkilan, malah semuanya merasa ‘menang-menang’?

7. Saya sedang tekun memikirkan; kiranya benar politik itu sebagai cabang seni yang padat dan sarat dengan ‘kemungkinan’, apakah ada kaedah bagi pemimpin-pemimpin politik bertindak untuk ‘memenangkan semua pihak’?

8. Sesungguhnya saya berpendirian bahawa politik itu seharusnya zalim dan tidak semestinya satu kerjaya untuk berlaku ‘kejam’. Tetapi saken ghabaya aku cantas sa atau aa bagu contoh yan c Tadzul, biunuh aken su politik yan...na gini ee pedtaruen ku rekanu...saken aya dih ghabayah aden aa Iranun aa makasukeli raken melainkan watah aken ginawa ee boleh sukeli raken...

Selasa, 1 September 2009

PA'MIN: MENCARI SINAR....LAMPU MINYAK TANAH


BatuGadung,

Saya ucap terima kasih atas kesudian anaknda mendidikasikan kepada saya sebuah sajak yang cukup bermakna, tetapi tidak setimpal dengan jasa atau pengorbanan saya kepada bangsa.
Saya tak pandai bersajak anaknda, tetapi biar saya cuba:

“MENCARI SINAR”

“Di keheningan subuh,
dipondok usang, di desa sepi,
tiba bayi diriba ibubapa papa,
didodoi dengan ‘ida-ida’ ,
sejarah bangsa,
pesakanya .

Berbekal ‘ida-ida’ sejarah
Berteman doa restu bangsa,
Meraba-raba entah kemana,
Kesaorangan, ketakutan, kelaparan,

Berkat doa,
Cahaya samar menyinar,
Menyinsing sedikit harapan,
Maju setapak, demi setapak kehadapan.
Perjalanan masih jauh,


Beratus purnama lamanya,
Berat kaki melangka,
Ah!....biarlah,
Betis bertenaga,
Menyusuri jalan mencari sinar,
Menerangi alam bangsa.

Wahai!, betis muda,
Melangkah lah kehadapan,
Jangan berebutan.
Sinar masih samar-samar kenampakan.

Nukilan,
Pa’Min
Dalam Pesawat AirAsia menuju ke Lapangan Udara, Sukarno-Hatta, Kota Jogjakarta
Tanggal 1.9.2009
Jam 11 malam.

Isnin, 31 Ogos 2009

Berpura-pura.

Berehat-rehat di balkoni bersama Kaki.
Rumah saya sudah siap.
Cuma belum bercat.
Tiada hiasan lagi dalam rumah ini.
Sekarang, saya senang begini.
Hidup saya lebih tenang.
Saya sudah boleh tersenyum seperti dulu.
Gelak saya bunyi nya sudah menyamai gelak yang dulu.
Memang ini yang patut saya lakukan dari dulu.
Namun begitu,
sesekali memori itu menjengah juga di fikiran saya.
Bukan memori indah, tapi hanya memori hodoh sahaja.
Mungkin memori indah takut untuk melawat saya.
Takut dijerkah agaknya.
"Lely, kau rasa adakah kau akan menyesal satu hari nanti?".
Eh si Kaki ni.Tiba-tiba tanya begitu pula.
"Apa yang aku nak kesalkan? hahaha.Aku tak suka menyesal tau,".
Betul.Saya tidak suka menyesal.
"Aaaa.Kau tak menyesal ke menjauhkan diri daripada 'manusia' tu?
Mana lah tau kot kot 'manusia' itu mahu kembali".
Nak tergelak pun ada. Kaki ni buat-buat tak paham pulak.
"Aku pilih jalan ini.
Dan 'manusia' itu suruh aku pilih jalan ini juga.
Untuk apa menyesal?".
Kenapa perlu menyesal?
Terlalu bagus ke 'manusia' itu untuk saya tunggu?
"Erm.Kalau dia mahu kembali?".
Kaki ni tak paham-paham lagi.
"Berdiam diri lebih baik.Diam adalah pintar,".
KRU pun cakap diam itu pintar.
Kaki tidak bertanya lagi.
Saya harap Kaki paham.
Saya tidak boleh menjadi terlalu baik kepada 'manusia' itu.
Kelak, dia bakal menyakiti hati saya lagi.
Saya tahu.
Dia manusia baik.
Cuma saya bukan seorang yang sesuai untuk melengkap kan hidup dia.
Dan dia juga bukan pelengkap hidup saya.
Saya terima itu.
Saya tahu dia terima juga kenyataan itu.
'Manusia' itu cuma berpura-pura tidak paham.
Tidak paham dengan tindakan mendiam kan diri saya.
Tidak paham itu hanya sementara.
Berpura-pura menjadi terpinga-pinga.
Berpura-pura tidak tahu.
Berpura-pura, seolah-olah tidak pernah menyakiti.
Saya terlalu kenal dia.
Saya terlalu kenal dia.

Rabu, 19 Ogos 2009

Jebat, Pahlawan Rakyat


JEBAT! Jebat! Jebat!

Pahlawan rakyat


Jebat

seribu pendekar tak sama hebat

pahlawan kebenaran tiada gentar tiada bimbang

taming sarinya memutuskan adat larangan

demi kesetiaan demi persahabatan.

Jebat, Jebat

kau keseorangan, kau keseorangan sekarang

kasturi datang menjunjung titah sultan

lekir lekiu kini bukan lagi sahabatmu

kau keseorangan

kau keseorangan berjuangan menentang.


Jebat

siapkan dirimu menunggu ketibaan hang tuah

pesuruh raja bertelut, tangan menjunjung sembah

hamba sultan maha setia musuhmu paling bahaya

darahmu jadi persembahan untuk limpa kurnia.


Jebat

tiadakan gentar ia, tiadakan gentar ia

menari bernyanyi dalam cinta kasih dang wangi

dayang istana menyimpan duka sangkar emas raja

paling setia meski maut sedang menyapa.

Jebat, Jebat

jika derhakamu keramat

kemuliaan pahlawan seribu abad

titis darahmu

melaka tak beraja sampai kini

itulah keagunganmu kerana JEBAT tak pernah mati.



Jebat, Jebat

pinjamkan apimu pinjamkan lidahmu berani

untuk kami angkatan ini.


(Usman Awang; Puisi-puisi Pilihan – Sasterawan Negara Usman Awang; DBP, 1991)

Selasa, 18 Ogos 2009

PENDEKAR CAHAYA : ILMU AMALAN DAN KEPERIBADIAN


  1. Pendekar Cahaya tidak menghalang sesiapa sahaja yang berniat untuk menjadi seorang Pendekar Cahaya bangsa. Malahan dia menggalakan semua yang berupaya untuk mengorak langka ke arah memertabatkan bangsa. Malangnya, ramai yang berpeluk tubuh dan sebuk mencemuh dan ada pula yang membisu. Contohnya, baru-baru ini di medan beradu-tenaga, di antara pendekar-pendekar yang berbilang bangsa disuatu daerah, rata-rata yang turut serta dari rumpun Pendekar Cahaya telah kecundang berlumuran darah. Kekalahan ini membangkitkan kemarahan kepada mereka, dan menyalahkan pula Pendekar Cahaya. Kononnya, ini semua adalah angkaranya yang telah gagal menyusunatur strategi untuk kemenangan mereka. Ada pula yang berani berkata bahawa, kekalahan itu menggembirakan Pendekar Cahaya. Kononnya, Pendekar Cahaya sedang merancang, untuk mengetengahkan anak muridnya dari pertapahan dari pergunungan untuk mengambil tempatnya di lapangan pertempuran. Kalaupun tanggapan itu mempunyai kebenaran, salahkan seorang yang berkeupayaan menceburi diri di bidang yang diminati, atas sebab gurunya adalah darah daging sendiri? Bukankah di zaman globalisasi ini, perkara ini telah menjadi budaya setiap negara dan negeri?. Bill dan Hillary suami isteri telah bersilihganti. Bush dan Bush sejiwa-sehati. Najib dan Razak anaknda dan ayahnada. Karpal Singh dan Gobind Singh sedaging-sedarah...........dan seterusnya......dan seterusnya.........Kenapa salahkah keturunan Pendekar Cahaya menyusuri jejak langkahnya?
  2. Astaaaaagah!. Bukankah mereka yang mewakili rumpun bangsa itu menganggap diri jaguh-jaguh belaka? Dan semuanya berpegang kepada suatu keyakinan, "Kalau Pendekar Cahaya boleh buat, kenapa tidak kita?". Itu sebabnya semua kecundang tidak tentu arah kerana tidak pernah bertanya caranya kepada Pendekar Cahaya!.
  3. Ingatkah! suatu ketika dulu Pendekar Cahaya juga pernah turut serta beradu-tenaga sebagai musafir berkelana, di suatu daerah yang asing baginya, di bawah panji-panji yang sama?. Ingatkah! apa kesudahannya? Pendekar Cahaya menjadi juara walhal daerah tersebut bukan tempat asalnya? Masih meragui lagikah "kelebihan"nya di dalam soal beradu-tenaga?
  4. Pada bakal-bakal Pendekar Cahaya rumpun bangsa, bertandanglah ke gelanggang persilatan Pendekar Cahaya untuk bertanya apakah ilmu yang dipegangnya?. InsaAllah! dia akan memuntahkannya semua demi untuk perjuangan memertabatkan bangsa.
  5. Pada Pendekar Cahaya, yang dapat menjamin kemenangan, ialah Ilmu dan pengalaman yang disalur erat dengan keperibadian, yang bebas dari keangkuhan dan sifat perkauman. Ini adalah kerana, yang menentukan kekalahan atau kemenangan adalah teman-teman dari rumpun yang berlainan.
ULASAN SAYA:











  1. Rencana di atas menjelaskan pendirian Pendikar Cahaya terhadap agenda mencari pemimpin pelapis yang baginya pemimpin pelapis biarlah diwarisi. Orang lain kalau mahu maka terpaksalah berhadapan dengannya.
  2. Pendikar Cahaya mungkin sudah lupa, biralah saya ingatkan kembali kerana maklumlah kalau dah tua-tua ini banyak perkara yang kita mudah lupa iaitu Pendikar Cahaya tak mungkin berjaya sepertimana sekarang kalau orang lain tak bagi dia peluang. Kalau saya tidak silap sebelum beliau, orang yang aktif berpolitik adalah si langah Pinjaman Hassin. Ingat lagi Pakemas!! masa itu Pendikar Cahaya masih di luar negara. Apabila dia balik ke Kota Belud maka dengan rela hati langah Pinjaman memberikan laluan kepada Pendikar Cahaya.
  3. Kami bersama-sama kawan-kawan, nimbotot su oloh, nibpaigoh sarogoh demi ebpanik den akih sekayan. Namun imantu apabila sekayan nyakaporoh maka madakel ah kialipatan yan.
  4. Kenapa dulu kami semua boleh bagi dia peluang namun sekarang siapa saja yang dilihatnya ada kepimpinan dicantasnya. Buktinya dadih tanu si Tadjul, manaya eh kiabolosan ron. Angkara siapa?
  5. Sekarang ini kalau orang lain nak jadi pelapis sendiri-sendiri tapi dulu dia lupa bagaimana orang seperti kami menolongnya.
  6. Kenapa saya tulis blog sedangkan saya sudah tua untuk semua ini, kerana membetulkan apa yang tidak betul. Mulanya saya hanya memerhatikan sahaja tapi akhir-akhir betul-betul tidak betul, saya tidak boleh duduk diam lagi.
  7. Dulu dia tidak pandai bersilat kami sanggup ajar dia, tetapi sekarang bila dia pandai bersilat tidak mahu mengajar pula.
  8. Pendikar cahaya bukan gagal menyusun atur tetapi langsung tidak mengatur dan langsung tidak memberi peluang.